top of page
Anugerah Biasiswa Pelajar Cemerlang Yayasan Sultan Azlan Shah adalah biasiswa komprehensif yang dianugerahkan kepada calon yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang serta terlibat dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum, yang mengikuti pengajian pasca siswazah.
Kelayakan
Calon yang layak menerima anugerah ini mestilah:
-
warganegara Malaysia
-
memiliki ijazah sarjana muda setaraf dengan gelaran kepujian kelas pertama atau kedua atas
-
telah memohon dan memperoleh tawaran melanjutkan pelajaran dengan bersyarat / tanpa syarat ke dalam program pasca siswazah sepenuh masa
Nota
-
Anugerah ini terbuka kepada program pasca siswazah bagi tempoh 1 tahun atau 2 tahun dalam mana-mana bidang kecuali MBA.
-
Program pasca siswazah boleh dijalankan di institusi tempatan / luar negara.
-
Calon tidak menerima biasiswa / sebarang penajaan kewangan daripada mana-mana agensi lain.
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian selewat-lewatnya pada 6 Julai 2026.
bottom of page