top of page
Geran pendidikan yang ditawarkan terbuka kepada pelajar Malaysia yang memohon pengajian program sarjana muda secara sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia.
Keutamaan diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan kewangan yang memiliki pencapaian akademik yang baik serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
Kelayakan
Calon yang layak menerima geran ini mestilah:
-
warganegara Malaysia
-
telah memohon dan memperoleh tawaran melanjutkan pelajaran dengan bersyarat / tanpa syarat ke dalam program ijazah sepenuh masa di universiti awam atau swasta di Malaysia
Nota
-
Geran Pendidikan hanya ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti program ijazah pertama mereka di institusi pendidikan di Malaysia
-
Calon tidak menerima biasiswa / sebarang penajaan kewangan daripada mana-mana agensi lain
Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian selewat-lewatnya pada 6 Julai 2026.
bottom of page